Tuesday, 10 December 2013
Semakan Tawaran ke Tingkatan Satu bagi Sekolah Berasrama Penuh 2014 telah boleh dibuat mulai 10 Disember 2013.
Cikgu mewakili seluruh warga SKTR mengucapkan tahniah kepada mereka yang berjaya ditempatkan di Sekolah-sekolah Berasrama Penuh untuk tahun ini. Berikut adalah mereka yang berjaya:
1) ABITHA A/P SURESH
2) AMIRAH RASYIDAH BINTI ROHAIZAD
3) DARSHNA A/P KANNAN
4) HARSHINI A/P MOHAN
5) KRISHVEN SHARMA A/L SIVAKUMARAYAH
6) MUHAMMAD HAFIZ BIN HASSANUDIN
7) NURALYA NAWA BINTI MD JOHA
8) NURUL IZZA FIRZANA BINTI AZHAR
9) PREMENDRAN A/L DEVARAJOO
10) PUTERI YASMIN BINTI MOHAMAD FAUZI
11) SUMAN A/L RAMESH
Sila cetak surat tawaran di http://www.moe.gov.my/ dan membuat persediaan mulai sekarang.
Selamat menjadi warga sekolah berasrama. Cikgu doakan agar anda cepat menyesuaikan diri dan dapat meneruskan kecemerlangan di sana....
Wednesday, 27 November 2013
Berikut adalah senarai nama murid-murid yang terpilih untuk menghadiri temuduga kemasukan ke tingkatan satu, SMKA bagi tahun 2014.
1. MUHAMMAD HAIQAL BIN ABDUL RAHMAN
2. NUR ASYIFAA' AINI BINTI MOHD FADZIL
3. NURIN ERYNNA BINTI KHARUNIZAM
4. NURUL IZZA FIRZANA BINTI AZHAR
Temuduga berkenaan akan dijalankan pada 30 November 2013 (Sabtu) di SMKA Johor Bahru. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.ppdpgudang.edu.my/berita.php?i=maturidi.66
Selamat menghadiri temuduga ya... Buatlah persiapan mulai hari ini. Semoga berjaya.
Thursday, 21 November 2013
PERHATIAN
Kepada murid-murid Tahun 6 yang memohon ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Kelas Aliran Agama (KAA), anda boleh membuat rayuan untuk penempatan ke sekolah-sekolah berkenaan mulai 20 November hingga 20 Disember. Sila layari portal rasmi ppd di http://www.ppdpgudang.edu.my/berita.php?i=maturidi.65
Bagi murid-murid yang memohon untuk ke Sekolah Kawalan (SMK Dato Penggawa Timur dan SMK Taman Nusa Damai), surat penempatan ke sekolah-sekolah berkenaan hanya akan diperolehi selepas 15 Disember 2013.
Harap maklum.

TAHNIAH!!
Cikgu dan seluruh warga SKTR2 mengucapkan tahniah kepada murid-murid Tahun 6 atas kejayaan besar dalam UPSR tahun ini. Sesungguhnya usaha kalian membuahkan hasil yang membanggakan, bak pepatah "Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan"
Sila klik di sini untuk menyorot kembali detik-detik pengumuman keputusan UPSR pada 15 November yang lalu.
Hari ini, cikgu paparkan keputusan penuh UPSR tersebut. Moga menjadi pemangkin kepada adik-adik dalam menempa kejayaan yang lebih besar pada tahun-tahun mendatang, ya....
Bahasa Melayu Pemahaman : 98.7%
Bahasa Melayu Penulisan : 98.7%
Bahasa Inggeris : 96.2%
Matematik : 96.2%
Sains : 98.7%
Jumlah murid 5A : 25/79 orang
Kelulusan keseluruhan : 96.2%
Gred Purata Sekolah : 1.42
Tuesday, 5 November 2013
Nah, di sini cikgu paparkan serba sedikit peristiwa yang berlaku sekitar bulan September dan Oktober....
1- Ceramah Intimate (murid perempuan tahap 2 sahaja)
2. Taklimat Keremajaan daripada pihak LPPKN (semua murid Tahun 6)
3. Taklimat ke Sekolah Menengah (semua murid Tahun 6)
Semoga aktiviti-aktiviti berkenaan memberi manfaat kepada anak-anak, bukan sahaja dalam bidang akademik malah juga dalam bidang psikososial anak-anak.
Lagi berita menarik, klik di sini.....

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Hai anak-anak... Apa khabar semua?
Agak lama juga cikgu tidak mengemaskini perkembangan aktiviti yang berlaku di sekolah kita.
Hari ini cikgu terpanggil untuk memasukkan beberapa keping gambar aktiviti di bawah kelolaan Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah ini.
Jom, kita saksikan peristiwa yang berlaku pada bulan Ogos yang lalu.
Klik di sini........................

Monday, 19 August 2013
Tahniah!!
Cikgu mewakili warga SKTR2 mengucapkan tahniah kepada empat orang murid sekolah ini yang telah berjaya melepasi Ujian Saringan PERMATApintar UKM1 yang lalu.
Mereka ialah :
1) Aimie Amelyn binti Muhammad Firdausz (3 Perdana)
2) Muhammad Harith (4 Wira)
3) Muhammad Ismat (4 Wira)
4) Nur Adlyna binti Ahmad Izham (4 Perdana)
Keempat-empat orang murid ini akan mengikuti Ujian Saringan PERMATApintar UKM2 pula yang akan dilaksanakan mengikut ketetapan berikut :
Tarikh/Hari : 28 Ogos 2013 / Rabu
Tempat : SMK Dato' Penggawa Timur
Masa : 11.00 pagi hingga 2.00 petang
Selamat menempuh ujian tersebut. Cikgu dan warga sekolah ini mendoakan agar anda berjaya melepasi ujian ini seterusnya ditawarkan untuk mengikuti Perkhemahan Dalam Cuti di Universiti Kebangsaan Malaysia pada hujung tahun ini......

Thursday, 11 July 2013
Amboi amboi amboi......
Bukan main mesra mereka kan....
Untuk ketahui kisah mereka, sila klik di sini..
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Lama juga ye kita tak bertemu dalam blog ini.
Nah, hari ini mari kita saksikan
gelagat anak-anak kita ber'gwiyomi'...
Untuk mengetahui kisahnya,
sila klik di sini....
Monday, 8 April 2013
Assalamualaikum dan selamat sejahtera...
Agak lama juga cikgu tidak mengemaskini blog ini. Sememangnya cikgu agak sibuk beberapa minggu kebelakangan ini.
Walau bagaimanapun, hari ini cikgu ingin berkongsi kegembiraan seluruh warga sekolah bersama anak-anak dan ibu bapa sekolah ini di mana sekolah kita telahpun diiktiraf sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia. Tahniah atas pencapaian ini. Moga sekolah kita akan terus cemerlang dan gemilang di bawah teraju kepemimpinan Bonda Norlilawati.
Sunday, 10 March 2013
Assalamualaikum dan hai murid-murid cikgu....
Bermula pada hari Selasa hadapan (12 Mac 2013), semua murid Tahun 4, 5 dan 6 akan menghadapi Ujian Bulanan kali pertama untuk tahun ini. Mungkin murid-murid sedang gigih membuat persiapan menjelang ujian tersebut.
Di sini, cikgu berikan beberapa tips menghadapi peperiksaan/ujian bulanan. Mudah-mudahan tips ini dapat memberi bimbingan dan panduan kepada murid-murid cikgu, ye...
TIPS MENGHADAPI PEPERIKSAAN
SEHARI SEBELUM HARI PEPERIKSAAN
1. Baca secara imbas semua panduan, tips dan rumusan penting untuk mata pelajaran
1. Baca secara imbas semua panduan, tips dan rumusan penting untuk mata pelajaran
yang akan anda ambil esok.
2. Tenangkan fikiran dan kuatkan semangat "SAYA BOLEH LAKUKAN"
3. Sediakan segala peralatan untuk menulis :
* sekurang-kurangnya tiga batang pensel 2B yang telah diasah tajam.
* sebiji pemadam.
* sebuah pengasah pensel.
* sebatang pembaris
* sekurang-kurangnya tiga batang pensel 2B yang telah diasah tajam.
* sebiji pemadam.
* sebuah pengasah pensel.
* sebatang pembaris
4. Mohon ibu bapa doakan kejayaan anda.
5. Tidur lebih awal bagi membenarkan otak memproses semua maklumat yang telah anda
ulangkaji tadi.
SEMASA HARI PEPERIKSAAN
1. Bangun awal
2. Solat Tahajud, Subuh, Hajat
3. Bersiap sedia ke sekolah.
4. Bersarapan tetapi jangan terlalu berat kerana dimbimbangi sakit perut atau tidak
selesa.
5. Membawa peralatan
6. Bersalaman dengan ibu bapa dan mencium tangan mereka.
7. Mulakan langkah dengan kaki kanan.
8. Bertolak ke sekolah lebih awal dari biasa dengan tujuan untuk mencipta suasana
tenang.
APABILA TIBA DI SEKOLAH
1. Duduk di suatu sudut dan baca semula secara imbas semua panduan, tips penting dan
rumusan.
2. Tarik nafas dalam-dalam dan cuba bertenang.
3. Membaca doa.
DALAM BILIK PEPERIKSAAN
1. Duduk dengan tenang. Tarik nafas dan bertawakkal. Yakin dengan usaha anda selama
ini.
2. Berdoa.
SELEPAS PEPERIKSAAN
1. Jangan berbincang kertas soalan dengan sesiapapun sehinggalah hari peperiksaan
berakhir.
2. Teruskan berdoa.
berakhir.
2. Teruskan berdoa.
Monday, 4 March 2013
Saturday, 2 March 2013
PELANCARAN PROGRAM PENYAYANG
DAN SLOGAN BARU PPD PASIR GUDANG
Pegawai Pelajaran, PPD Pasir Gudang, Pn. Hjh Fatimah Ahmad
telah telah sudi merasmikan
telah telah sudi merasmikan
Pelancaran Program Penyayang dan Slogan baru PPD Pasir Gudang
sewaktu hadir ke SKTR2 sebagai tetamu undangan pada
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-17 hari ini.
Turut sama hadir ialah Pegawai Perhubungan dan Pendaftaran,
PPD Pasir Gudang, En. Rohaizad bin Mohd. Hanapiah.
PPD Pasir Gudang, En. Rohaizad bin Mohd. Hanapiah.
Friday, 1 March 2013
Tuesday, 26 February 2013
Pihak SKTR 2 mengucapkan tahniah dan memberikan setinggi-tinggi penghargaan kepada Nur Alya Najwa binti Md. Joha (6 Perdana) kerana telah berjaya ditawarkan untuk mengikuti Perkhemahan Cuti Sekolah PERMATApintar Negara yang berlangsung di Universiti Kebangsaan Malaysia pada bulan Disember yang lalu. Pencapaian ini adalah di peringkat kebangsaan ye....
Semoga kejayaan beliau ini menjadi contoh kepada rakan-rakan yang lain pula... Cikgu doakan dan berharap agar ramai lagi murid-murid sekolah ini yang akan berjaya mengikut jejak langkah beliau.....
Monday, 25 February 2013
Minggu Anti Dadah
Hari ini telahpun dilancarkan Minggu Anti Dadah di dataran perhimpunan SK Taman Rinting 2. Guru Besar SKTR 2, Bonda Norlilawati binti Mohamed telah merasmikan majlis pelancaran Minggu Anti Dadah ini. Pelbagai aktiviti akan dijalankan sepanjang minggu ini, antaranya menandatangani petiesyen, kuiz, program lima minit dan pertandingan mewarna poster.
Lagi gambar-gambar menarik, sila klik di sini....

Tahniah diucapkan kepada Puteri Yasmin binti Mohd Fauzi dan Aiman Haikal bin Zainudin yang telah dilantik menjawat jawatan Ketua Pengawas dan Penolong Ketua Pengawas SK Taman Rinting 2 bagi tahun 2013
Juga kalungan tahniah kepada Nur Amira Natasya binti Hafizal dan Muhammad Iqbal bin Jamaludin kerana turut dilantik sebagai Ketua dan Penolong Ketua Pengawas Pusat Sumber Sekolah.
Semoga dengan pentauliahan ini akan menaikkan semangat anda untuk terus berbakti kepada sekolah ini....

Apa dah jadi dengan murid ini?
Apa kesalahannya hinggakan tangan dan kakinya terikat?
Nak tahu kisahnya,
sila klik di sini......
Friday, 8 February 2013
Cikgu mewakili guru-guru SKTR2 mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada murid-murid dan ibu bapa yang menyambutnya.
Cikgu berharap agar cuti selama sembilan hari ini dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh murid-murid dengan mengulangkaji pelajaran dan juga meluangkan masa di samping keluarga tersayang.
Kepada ibu bapa Tahun 6 pula, anak tuan/puan telahpun diberikan surat makluman berkenaan Kem Bugar Minda yang akan dijalankan pada 22 Feb hingga 24 Feb ini di Savannah Hill, Sungai Tiram. Mohon kerjasama tuan/puan untuk menggalakkan penglibatan anak tuan-puan dalam program ini dan jangan lupa untuk mengembalikan Borang Kebenaran Ibu Bapa kepada guru kelas selewat-lewatnya pada 19 Feb ini. (Selasa).
Selamat Bercuti.....

Amboi.... Nampak mesra sungguh murid ini
dengan Cikgu Salmi dan Bonda Norlilawati....
Ceria saja wajah mereka, kan...
Nak tahu kisahnya, klik di sini...
Thursday, 31 January 2013
TAHNIAH!
Pendaftaran kemasukan murid-murid ambilan kedua bagi Sekolah Berasrama Penuh akan berlangsung pada 4 Februari 2013, manakala MRSM ialah pada 13 Februari 2013.
Cikgu mewakili guru-guru SKTR 2 mengucapkan tahniah kepada tiga orang bekas pelajar kita yang berjaya ditempatkan di sekolah-sekolah berkenaan, iaitu Adam Irsyad, Tharani dan Pravina.
Semoga kecemerlangan diteruskan di tempat baru......
Monday, 28 January 2013
Saturday, 19 January 2013
Sunday, 13 January 2013
Tahniah!
Cikgu mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah kepada
murid-murid Tahun 6 2012 yang berjaya menerima tawaran
ke Sekolah Berasrama Penuh dan MRSM.
murid-murid Tahun 6 2012 yang berjaya menerima tawaran
ke Sekolah Berasrama Penuh dan MRSM.
Sesi pendaftaran untuk ke SBP ambilan pertama telahpun selesai pada
7 Jan. yang lalu manakala untuk MRSM bermula pada 15 Jan. ini.
Bagi mereka yang tidak berjaya, jangan berputus asa kerana
ambilan kedua dan ketiga akan menyusul pada bulan Februari
dan Mac nanti. Semoga anda mampu menyesuaikan diri di alam menengah
dan hidup berdikari sebagai penghuni asrama. Seronok tu......

Kepada murid-murid cikgu di SKTR2, jadikan kejayaan abang dan kakak anda
sebagai perangsang untuk anda mengikuti jejak mereka.
Berusahalah dari sekarang untuk menggapai impian anda.....
sebagai perangsang untuk anda mengikuti jejak mereka.
Berusahalah dari sekarang untuk menggapai impian anda.....
Saturday, 12 January 2013
PROGRAM TITIAN CEMERLANG
Murid-murid Tahun 6 dan ibu bapa anda dijemput hadir ke sekolah pada :
Tarikh : 19 Januari 2013
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 - 11.00 pagi
Tempat : Dewan Seri Bayu, SKTR 2
Dalam program ini nanti, Pn. Hjh Norlilawati bt Mohamed, guru besar kita akan menyampaikan hasrat dan visi sekolah untuk UPSR tahun ini. Kami juga akan mewar-warkan program kecemerlangan UPSR untuk tahun ini serta memberi anugerah kepada anda yang berjaya meraih 5A dan 4A dalam ujian PraUPSR minggu lepas.
Jangan lepaskan peluang untuk mendengar taklimat daripada cikgu sendiri berkenaan Sekolah Berasrama Penuh dan sekolah-sekolah elit lain....
Jumpa nanti ye.... Wasalam..

PERJUMPAAN IBU BAPA TAHUN 1 2013
Tarikh : 29 Disember 2012
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat : Kelas masing-masing (8.00 pagi)
Dewan Seri Bayu (10.00 pagi)
Tentatif program :
8.00 pagi : Pendaftaran di kelas masing-masing
10.00 pagi : Bacaan doa
Ucapan oleh Pn. Hjh Norlilawati Mohamed, Guru Besar
Ucapan KSSR oleh guru-guru mata pelajaran teras :
* Pn. Shamsida Arshad (LINUS)
* Pn. Norhamimi Dahalan (Bahasa Melayu)
* Pn. Marhaini Senin (Bahasa Inggeris)
* En. Mohd Azwan Sardi (Matematik)
* Cik Farhana Mohmad Fauzi (Sains)
12.00 t/hari : Bersurai
Selamat menjadi warga SKTR 2. Kepada anak-anak yang bakal melangkah ke Tahun 1, cikgu ucapkan selamat datang dan selamat belajar.....

Subscribe to:
Posts (Atom)