PERMOHONAN KE SEKOLAH KAWALAN/KELAS RANCANGAN KHAS/
SMK AGAMA/KELAS ALIRAN AGAMA
BAGI SESI 2015
Assalamualaikum dan selamat bertemu kembali.
Tuan/Puan serta anak-anak didik Tahun 6 yang cikgu kasihi,
Saya telahpun mengedarkan surat mengenai permohonan ke sekolah-sekolah berkenaan serta Borang RK001 untuk dilengkapkan oleh tuan/puan bagi tujuan permohonan tersebut.
Ingin saya mengingatkan tuan/puan serta anak-anak Tahun 6 untuk memulangkan Borang RK001 kepada guru kelas masing-masing, selewat-lewatnya pada 4 Sept 2014 (Khamis) ini dengan menomborkan aliran pilihan (maksimum 5 jenis aliran) serta menggariskan sebuah sekolah bagi setiap jenis aliran yang dipilih.
Sukacita juga dimaklumkan bahawa tuan/puan boleh membuat sendiri permohonan tersebut melalui laman web KPM di alamat http://public.moe.gov.my selewat-lewatnya pada 15 Sept 2014. Borang RK001 masih perlu dipulangkan juga kepada guru kelas untuk tujuan semakan oleh pihak sekolah.
Saya amat berharap agar tuan/puan dapat mematuhi tarikh-tarikh yang telah dinyatakan demi kelancaran proses permohonan berkenaan.
Di sini juga saya ingin memberikan sedikit penjelasan mengenai perbezaan antara jenis aliran sekolah-sekolah berkenaan sebagai panduan.....
BIL
|
JENIS ALIRAN
|
PEMOHON DARI
|
PENGANUT/
BANGSA
|
HURAIAN
|
1.
|
Sekolah
Kawalan
|
SK
dan SJK
|
Semua
bangsa
|
Semua
kelas terdiri daripada murid-murid yang dikawal pemilihannya.
|
2.
|
Kelas
Rancangan Khas (KRK)
|
SK
sahaja
|
Semua
bangsa
|
Merupakan
SM Harian, cuma kelas tertentu sahaja
yang dikawal pemilihan muridnya.
|
3.
|
Kelas
Kawalan
|
SK
dan SJK
|
Semua
bangsa
|
Merupakan
SM Harian, cuma kelas tertentu sahaja
yang dikawal pemilihan muridnya.
|
4.
|
SMK
Agama
|
SK
dan SJK
|
Islam
sahaja
|
Semua
kelas terdiri daripada murid-murid yang dikawal pemilihannya.
|
5.
|
Kelas
Aliran Agama (KAA)
|
SK
dan SJK
|
Islam
sahaja
|
Merupakan
SM Harian, cuma kelas tertentu sahaja yang dikawal pemilihan muridnya.
|
6.
|
SABK
|
SK
dan SJK
|
Islam
sahaja
|
Semua
kelas terdiri daripada murid-murid yang dikawal pemihannya.
|
Selamat membuat pilihan untuk masa depan anak-anak tuan/puan. Sekiranya tuan/puan menghadapi masalah, bolehlah dinyatakan dalam Ruang Sembang di sebelah....
Sekian.