FOTO



KUNJUNGAN MUHIBBAH : KAU KUSAYANG
KE PUSAT JAGAAN WARGA EMAS NUR EHSAN
ANJURAN UBK DAN KELAB AGAMA ISLAM SKTR2
SERTA JARINGAN BERSAMA UBK SKTR 2
25 Jun 2014

Ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada warga sekolah
serta individu-individu yang telah sudi
memberikan sumbangan berbentuk barangan dan wang ringgit
yang telahpun disalurkan ke Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan, Kempas.

Tidak ketinggalan terima kasih kepada
En. Redza bin Abd Malik, AJK PIBG merangkap jawatankuasa PIBG SKTR 2
yang telah turut serta hadir dan memberikan sumbangan.

Semoga bantuan ini dapat meringankan beban
penghuni di sana, Amin.  Mudah-mudahan usaha kita diberkati
dan anak-anak SKTR2 mendapat manfaat hasil daripada
lawatan berkenaan.














**************************************************
KUNJUNGAN MUHIBBAH : KAU KU SAYANG
KE PUSAT JAGAAN WARGA EMAS NUR EHSAN
19 Jun 2013

Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih
kepada ibu bapa, pihak PIBG, murid-murid dan guru-guru
yang telah memberikan sumbangan dalam bentuk barangan
dan juga wang ringgit.  

Sekiranya tuan/puan berminat untuk menghulurkan derma
kepada pusat jagaan tersebut, bolehlah berhubung terus
dengan pengurus pusat berkenaan iaitu 
Pn. Hjh Norijah Bidin di talian 016-7881379
















KEM MENGGAPAI BINTANG
25 Mei hingga 30 Mei 2013

Minggu pertama cuti persekolahan penggal pertama yang lalu,
bertempat di SKTR 2 telah dijalankan Kem Menggapai Bintang.

Program ini merupakan siri kelas tambahan terancang
yang dikendalikan oleh guru-guru Tahun 6 untuk murid-murid Tahun 6
hasil kerjasama antara Unit Bimbingan dan Kaunseling
serta Unit Tahun 6 sekolah ini.









TAKLIMAT DARIPADA
AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN (AADK)
BERSEMPENA MINGGU ANTI DADAH
27 Februari 2013

Bersempena Minggu Antidadah SKTR 2, pihak Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) 
telah sudi hadir bagi menyampaikan ceramah berkaitan antidadah. 
Selain itu, pihak AADK juga telah mengadakan pameran.
Lihat sahajalah, anak-anak SKTR 2 amat teruja dengan aktiviti yang disediakan 
oleh pihak AADK.
Pn. Mahanum selaku penyelaras program ini memberi kesempatan kepada anak-anak SKTR2
untuk menandatangani petiesyen sebagai tanda sokongan antidadah.








MINGGU ANTI DADAH
25 Februari hingga 1 Mac 2013










***********************************************************
KEM BUGAR MINDA
22 Februari hingga 24 Februari 2013
di Savannah Hill, Sungai Tiram

Bertempat di sebuah pusat latihan ala resort,
Unit Bimbingan dan Kaunseling bersama Unit Tahun 6 
telah membawa anak-anak Tahun 6 untuk mengikuti kem motivasi.
Kem ini dikelolakan oleh pihak Vision Consultant dan telah dirasmikan oleh
Pegawai Pelajaran Daerah, PPD Pasir Gudang  iaitu Pn. Hjh Fatimah Ahmad.
Ustaz Zaieme bin Mohamad, Penolong PPD Pendidikan Islam, PPD Pasir Gudang
yang juga merupakan pegawai angkat bagi SKTR2 
telah sudi menyempurnakan upacara perasmian penutup.


























UBK dan Unit Tahun 6 mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih
kepada individu-individu yang telah sudi memberikan sumbangan 
bagi menjayakan program ini.
Terima kasih En. Mohd. Fadli Ahmad selaku penyumbang utama,
Dr. Mohd. Adnan Sulaiman, pihak Vision Consultant,
pihak Savannah Hill serta ibu bapa dan para guru...

***********************************************
MAJLIS PELANCARAN PROGRAM
GURUKU IBU BAPAKU JUA
6 Februari 2013

Mulai hari ini, anak-anak SKTR 2 menerima ibu bapa angkat
yang terdiri daripada guru-guru sekolah ini!
Itulah sebabnya cikgu namakan program ini sebagai
Program Guruku Ibu Bapaku Jua.....
Seronok bukan?

Guru besar, Bonda Hjh Norlilawati binti Mohamed
telah merasmikan majlis ini pada 6 Februari lalu.
Lihat sahajalah wajah-wajah ceria anak-anak
di samping ibu bapa (angkat) mereka
dalam sebahagian foto yang sempat cikgu rakamkan....









******************************************************
PROGRAM TITIAN CEMERLANG
19 Januari 2013


Ibu bapa dan murid-murid Tahun 6 telah menghadiri program ini.
Guru Besar, Pn. Hjh. Norlilawati binti Mohamed dan
Penolong PPD Pendidikan Islam, Ustaz Zaimi bin Mohamed 
telah menyampaikan ucapan dan harapannya. 
Saya pula telah menyampaikan slot Pendedahan ke Tingkatan 1
(Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Kawalan, Kelas Rancangan Khas, 
SMK Agama dan Kelas Aliran Agama)










*****************************************************
PERJUMPAAN IBU BAPA TAHUN 1 
29 Disember 2012

Ibu bapa bersama anak Tahun 1 telah hadir ke sekolah 
untuk membuat pendaftaran bagi anak mereka di kelas masing-masing.
Pada jam 10.00 pagi, mereka berhimpun di dalam dewan untuk 
mengikuti taklimat daripada Guru Besar, Pn. Hjh. Norlilawati Mohamed, 
GPK HEM, Pn. Hjh Zaiton Hassan serta guru-guru Tahun 1 berkaitan KSSR.













































No comments:

Post a Comment