Thursday 31 January 2013

TAHNIAH!

Pendaftaran kemasukan murid-murid ambilan kedua bagi Sekolah Berasrama Penuh akan berlangsung pada 4 Februari 2013, manakala MRSM ialah pada 13 Februari 2013.

Cikgu mewakili guru-guru SKTR 2 mengucapkan tahniah kepada tiga orang bekas pelajar kita yang berjaya ditempatkan di sekolah-sekolah berkenaan, iaitu Adam Irsyad, Tharani dan Pravina.


Semoga kecemerlangan diteruskan di tempat baru......

Monday 28 January 2013


PERHATIAN!



Keputusan Rayuan ke Sekolah Berasrama Penuh
boleh diketahui mulai hari ini.


Kepada mereka yang berkenaan, semakan boleh dibuat 
di laman web 
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 



Monday 21 January 2013

Saturday 19 January 2013


Selesai sudah Program Titian Cemerlang 2013 hari ini.
Terima kasih kepada ibu bapa dan murid-murid Tahun 6
yang dapat meluangkan masa menghadirkan diri 
dalam majlis ilmu ini.

Bagi ibu bapa yang tidak dapat hadir,
tuan/puan masih boleh mendapatkan nota
melalui anak tuan/puan. 
Harap maklum.

Sunday 13 January 2013


Tahniah!

Cikgu mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah kepada
murid-murid Tahun 6 2012 yang berjaya menerima tawaran 
ke Sekolah Berasrama Penuh dan MRSM.  


Sesi pendaftaran untuk ke SBP ambilan pertama telahpun selesai pada 
7 Jan. yang lalu manakala untuk MRSM bermula pada 15 Jan. ini.  
Bagi mereka yang tidak berjaya, jangan berputus asa kerana 
ambilan kedua dan ketiga akan menyusul pada bulan Februari 
dan Mac nanti. Semoga anda mampu menyesuaikan diri di alam menengah 
dan hidup berdikari sebagai penghuni asrama. Seronok tu......

Kepada murid-murid cikgu di SKTR2, jadikan kejayaan abang dan kakak anda 
sebagai perangsang untuk anda mengikuti jejak mereka.  
Berusahalah dari sekarang untuk menggapai impian anda.....

Saturday 12 January 2013

PROGRAM TITIAN CEMERLANG

Murid-murid Tahun 6 dan ibu bapa anda dijemput hadir ke sekolah pada :     

         Tarikh     :  19 Januari 2013
         Hari        :   Sabtu
         Masa       :   8.00 - 11.00 pagi
         Tempat   :   Dewan Seri Bayu, SKTR 2
    
Dalam program ini nanti, Pn. Hjh Norlilawati bt Mohamed, guru besar kita akan menyampaikan hasrat dan visi sekolah untuk UPSR tahun ini.  Kami juga akan mewar-warkan program kecemerlangan UPSR untuk tahun ini serta memberi anugerah kepada anda yang berjaya meraih 5A dan 4A dalam ujian PraUPSR minggu lepas.

Jangan lepaskan peluang untuk mendengar taklimat daripada cikgu sendiri berkenaan Sekolah Berasrama Penuh dan sekolah-sekolah elit lain....


Jumpa nanti ye.... Wasalam..





PERJUMPAAN IBU BAPA TAHUN 1 2013

      Tarikh   :   29 Disember 2012

      Hari       :   Sabtu
      Masa      :   8.00 pagi - 12.00 tengah hari
      Tempat  :   Kelas masing-masing (8.00 pagi)
                        Dewan Seri Bayu (10.00 pagi)

Tentatif program  :

     8.00 pagi       :  Pendaftaran di kelas masing-masing
     10.00 pagi     :  Bacaan doa
                             Ucapan oleh Pn. Hjh Norlilawati Mohamed, Guru Besar
                             Ucapan KSSR oleh guru-guru mata pelajaran teras :
                              *   Pn. Shamsida Arshad (LINUS)
                              *   Pn. Norhamimi Dahalan (Bahasa Melayu)
                              *  Pn. Marhaini Senin (Bahasa Inggeris)
                              *  En. Mohd Azwan Sardi (Matematik)
                              *  Cik Farhana Mohmad Fauzi (Sains)
      12.00 t/hari   :  Bersurai

Selamat menjadi warga SKTR 2.  Kepada anak-anak yang bakal melangkah ke Tahun 1, cikgu ucapkan selamat datang dan selamat belajar.....