Tuesday 26 February 2013

                       Pihak SKTR 2 mengucapkan tahniah dan memberikan setinggi-tinggi penghargaan kepada Nur Alya Najwa binti Md. Joha (6 Perdana) kerana telah berjaya ditawarkan untuk mengikuti Perkhemahan Cuti Sekolah PERMATApintar Negara yang berlangsung di Universiti Kebangsaan Malaysia pada bulan Disember yang lalu. Pencapaian ini adalah di peringkat kebangsaan ye....

                       Semoga kejayaan beliau ini menjadi contoh kepada rakan-rakan yang lain pula... Cikgu doakan dan berharap agar ramai lagi murid-murid sekolah ini yang akan berjaya mengikut jejak langkah beliau.....


Monday 25 February 2013

Minggu Anti Dadah

Hari ini telahpun dilancarkan Minggu Anti Dadah di dataran perhimpunan SK Taman Rinting 2.  Guru Besar SKTR 2, Bonda Norlilawati binti Mohamed telah merasmikan majlis pelancaran Minggu Anti Dadah ini.  Pelbagai aktiviti akan dijalankan sepanjang minggu ini, antaranya menandatangani petiesyen, kuiz, program lima minit dan pertandingan mewarna poster.





Lagi gambar-gambar menarik, sila klik di sini....

Tahniah diucapkan kepada Puteri Yasmin binti Mohd Fauzi dan Aiman Haikal bin Zainudin yang telah dilantik menjawat jawatan Ketua Pengawas dan Penolong Ketua Pengawas SK Taman Rinting 2 bagi tahun 2013

Juga kalungan tahniah kepada Nur Amira Natasya binti Hafizal dan Muhammad Iqbal bin Jamaludin kerana turut dilantik sebagai Ketua dan Penolong Ketua Pengawas Pusat Sumber Sekolah.


Semoga dengan pentauliahan ini akan menaikkan semangat anda untuk terus berbakti kepada sekolah ini....




Apa dah jadi dengan murid ini?
Apa kesalahannya hinggakan tangan dan kakinya terikat?



Nak tahu kisahnya,

Friday 8 February 2013

Cikgu mewakili guru-guru SKTR2 mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada murid-murid dan ibu bapa yang menyambutnya.

Cikgu berharap agar cuti selama sembilan hari ini dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh murid-murid dengan mengulangkaji pelajaran dan juga meluangkan masa di samping keluarga tersayang.

Kepada ibu bapa Tahun 6 pula, anak tuan/puan telahpun diberikan surat makluman berkenaan Kem Bugar Minda yang akan dijalankan pada 22 Feb hingga 24 Feb ini di Savannah Hill, Sungai Tiram.  Mohon kerjasama tuan/puan untuk menggalakkan penglibatan anak tuan-puan dalam program ini dan jangan lupa untuk mengembalikan Borang Kebenaran Ibu Bapa kepada guru kelas selewat-lewatnya pada 19 Feb ini. (Selasa).

Selamat Bercuti.....


Amboi.... Nampak mesra sungguh murid ini
dengan Cikgu Salmi dan Bonda Norlilawati....
Ceria saja wajah mereka, kan...
Nak tahu kisahnya, klik di sini...