Sunday 10 March 2013

Assalamualaikum dan hai murid-murid cikgu....

Bermula pada hari Selasa hadapan (12 Mac 2013), semua murid Tahun 4, 5 dan 6 akan menghadapi Ujian Bulanan kali pertama untuk tahun ini.  Mungkin murid-murid sedang gigih membuat persiapan menjelang ujian tersebut.

Di sini, cikgu berikan beberapa tips menghadapi peperiksaan/ujian bulanan.  Mudah-mudahan tips ini dapat memberi bimbingan dan panduan kepada murid-murid cikgu, ye...

TIPS MENGHADAPI PEPERIKSAAN


SEHARI SEBELUM HARI PEPERIKSAAN
1.     Baca secara imbas semua panduan, tips dan rumusan penting untuk mata pelajaran 
        yang akan anda ambil esok.

2.     Tenangkan fikiran dan kuatkan semangat "SAYA BOLEH LAKUKAN"

3.     Sediakan segala peralatan untuk menulis :
        *  sekurang-kurangnya tiga batang pensel 2B yang telah diasah tajam.
        *  sebiji pemadam.
        *  sebuah pengasah pensel.
        *  sebatang pembaris
        
4.     Mohon ibu bapa doakan kejayaan anda.

5.     Tidur lebih awal bagi membenarkan otak memproses semua maklumat yang telah anda 
        ulangkaji tadi.

SEMASA HARI PEPERIKSAAN
1.     Bangun awal

2.     Solat Tahajud, Subuh, Hajat

3.     Bersiap sedia ke sekolah.

4.     Bersarapan tetapi jangan terlalu berat kerana dimbimbangi sakit perut atau tidak 
        selesa.

5.     Membawa peralatan

6.     Bersalaman dengan ibu bapa dan mencium tangan mereka.

7.     Mulakan langkah dengan kaki kanan.

8.     Bertolak ke sekolah lebih awal dari biasa dengan tujuan untuk mencipta suasana 
        tenang.


APABILA TIBA DI SEKOLAH
1.     Duduk di suatu sudut dan baca semula secara imbas semua panduan, tips penting dan    
        rumusan.

2.     Tarik nafas dalam-dalam dan cuba bertenang.

3.     Membaca doa.

DALAM BILIK PEPERIKSAAN
1.     Duduk dengan tenang.  Tarik nafas dan bertawakkal.  Yakin dengan usaha anda selama 
        ini.

2.     Berdoa.

SELEPAS PEPERIKSAAN
1.      Jangan berbincang kertas soalan dengan sesiapapun sehinggalah hari peperiksaan 
         berakhir.

2.      Teruskan berdoa.



Monday 4 March 2013


PEMANTAUAN PENARAFAN 
SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI

Yang dinanti telahpun tiba.
Pagi-pagi lagi, SKTR2 didatangi oleh jemaah nazir untuk
Pemantauan Penarafan Sekolah Berprestasi Tinggi.
Mudah-mudahan, tahun ini ada rezeki
untuk sekolah kita mendapat anugerah ini.....




Saturday 2 March 2013


PELANCARAN PROGRAM PENYAYANG
DAN SLOGAN BARU PPD PASIR GUDANG

Pegawai Pelajaran, PPD Pasir Gudang, Pn. Hjh Fatimah Ahmad 
telah telah sudi merasmikan
Pelancaran Program Penyayang dan Slogan baru PPD Pasir Gudang
sewaktu hadir ke SKTR2 sebagai tetamu undangan pada
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-17 hari ini.
Turut sama hadir ialah Pegawai Perhubungan dan Pendaftaran,
PPD Pasir Gudang, En. Rohaizad bin Mohd. Hanapiah.




Friday 1 March 2013


PEMBELAJARAN KAUNSELING

Anda mesti kenal kawan-kawan anda ni...
Ya, mereka adalah sebahagian daripada murid 6 Satria
yang telah mengikuti pembelajaran Kaunseling
di Bilik Bimbingan dan Kaunseling.
Sesekali belajar di luar kelas sendiri
memang satu pengalaman yang menyeronokkan!