PRS


Apa itu Pembimbing Rakan Sebaya?

Ø Pembimbing Rakan Sebaya atau PRS merupakan  murid yang berkhidmat membantu pelajar lain, terutama mereka yang memerlukan pertolongan dalam mengendalikan  masalah.

Ø PRS akan dilatih dalam bidang perhubungan manusia supaya ia berupaya menggalakkan kawan-kawan berbincang tentang masalah, pandangan, kebimbangan dan lain-lain perkara. 

Ø Maklumat-maklumat yang diberi akan dirahsiakan.

Ø PRS dilatih untuk menjadi seorang kawan yang berkesan melalui pembinaan hubungan yang berasaskan rasa hormat dan faham.

Ø PRS akan diselia dengan teliti oleh Guru Bimbingan semasa mereka menjalankan tugas.

Ø Kelebihan bagi PRS adalah mereka bukan sahaja menolong kawan-kawan memahami diri dan masalah, tetapi juga mereka sendiri akan belajar memahami diri mereka sendiri (dikenali sebagai kesedaran-kendiri)


Secara ringkasnya, PRS adalah :

Ø Seorang yang mesra dan senang bergaul dan berupaya menolong orang lain.

Ø Mempunyai  sifat menerima, sabra, mengambil berat, berminat dan boleh dipercayai.

Ø Mempunyai sikap positif terhadap kawan-kawan sebaya, sekolah dan orang dewasa.


Apakah tanggungjawab PRS?

Ø Menjadi pendengar yang faham kepada masalah kawan.

Ø Membantu Guru Kaunseling dalam aktiviti bimbingan dan kaunseling.

Ø Membantu pelajar baru dalam orientasi.

Ø Memimpin kumpulan perbincangan.

Ø Membantu Guru Kaunseling dalam kaunseling kelompok.

Ø Menjadi tenaga pengajaran kepada pelajar yang lemah dalam satu-satu mata pelajaran.

Ø Merancang projek membantu pelajar-pelajar yang memerlukan pertolongan dari segi moral dan material.


Ciri-ciri pemilihan PRS :


          Ø   Menunjukkan minat dan komitmen yang tinggi untuk membantu diri dan 
              orang lain serta boleh berkomunikasi dengan baik.

          Ø   Mempunyai ciri dan personaliti PRS (mendengan dengan penumpuan, 
              memahami, menerima tanpa menilai atau melabel, mengambil berat, 
              komited, terima tanpa syarat, jujur dan tulen)

   Ø  Mempunyai ciri-ciri kempimpinan diri.

          Ø  Trampil dalam aspek akademik, sahsiah, ko-kurikulum dan spiritual.


























3 comments:

  1. assalamualaikum...boleh tak saya dapat program tahunan atau modul utk prs dari pn? boleh emelkan ke rossa_azizi@yahoo.com..terima ksih sy ucapkan terlebih dahulu semoga allah sentiasa merahmatii puan....

    ReplyDelete
  2. Boleh dapat kan daripada Puan Zalina ye,terima kasih.

    ReplyDelete