Wednesday 27 November 2013


Berikut adalah senarai nama murid-murid yang terpilih untuk menghadiri temuduga kemasukan ke tingkatan satu, SMKA bagi tahun 2014.

1.  MUHAMMAD HAIQAL BIN ABDUL RAHMAN 
2.  NUR ASYIFAA' AINI BINTI MOHD FADZIL 
3.  NURIN ERYNNA BINTI KHARUNIZAM 
4.  NURUL IZZA FIRZANA BINTI AZHAR


Temuduga berkenaan akan dijalankan pada 30 November 2013 (Sabtu) di SMKA Johor Bahru.  Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.ppdpgudang.edu.my/berita.php?i=maturidi.66

Selamat menghadiri temuduga ya... Buatlah persiapan mulai hari ini.  Semoga berjaya.

Thursday 21 November 2013

PERHATIAN

Kepada murid-murid Tahun 6 yang memohon ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Kelas Aliran Agama (KAA), anda boleh membuat rayuan untuk penempatan ke sekolah-sekolah berkenaan mulai 20 November hingga 20 Disember. Sila layari portal rasmi ppd di http://www.ppdpgudang.edu.my/berita.php?i=maturidi.65 

Bagi murid-murid yang memohon untuk ke Sekolah Kawalan (SMK Dato Penggawa Timur dan SMK Taman Nusa Damai), surat penempatan ke sekolah-sekolah berkenaan hanya akan diperolehi selepas 15 Disember 2013.

Harap maklum.

TAHNIAH!!

Cikgu dan seluruh warga SKTR2 mengucapkan tahniah kepada murid-murid Tahun 6 atas kejayaan besar dalam UPSR tahun ini.  Sesungguhnya usaha kalian membuahkan hasil yang membanggakan, bak pepatah "Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan"
Sila klik di sini untuk menyorot kembali detik-detik pengumuman keputusan UPSR pada 15 November yang lalu.

Hari ini, cikgu paparkan keputusan penuh UPSR tersebut.  Moga menjadi pemangkin kepada adik-adik dalam menempa kejayaan yang lebih besar pada tahun-tahun mendatang, ya....

       Bahasa Melayu Pemahaman      :  98.7%

       Bahasa Melayu Penulisan          :  98.7%
       Bahasa Inggeris                         :  96.2%
       Matematik                                 :  96.2%
       Sains                                         :  98.7%

       Jumlah murid 5A                        :  25/79 orang

       Kelulusan keseluruhan                :  96.2%
       Gred Purata Sekolah                  :  1.42
 

Tuesday 5 November 2013

Nah, di sini cikgu paparkan serba sedikit peristiwa yang berlaku sekitar bulan September dan Oktober....

1-   Ceramah Intimate  (murid perempuan tahap 2 sahaja)

2.   Taklimat Keremajaan daripada pihak LPPKN (semua murid Tahun 6)
3.   Taklimat ke Sekolah Menengah (semua murid Tahun 6)

Semoga aktiviti-aktiviti berkenaan memberi manfaat kepada anak-anak, bukan sahaja dalam bidang akademik malah juga dalam bidang psikososial anak-anak.


Lagi berita menarik, klik di sini.....


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hai anak-anak... Apa khabar semua?
Agak lama juga cikgu tidak mengemaskini perkembangan aktiviti yang berlaku di sekolah kita.
Hari ini cikgu terpanggil untuk memasukkan beberapa keping gambar aktiviti di bawah kelolaan Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah ini.

Jom, kita saksikan peristiwa yang berlaku pada bulan Ogos yang lalu.
Klik di sini........................