Sunday 13 January 2013


Tahniah!

Cikgu mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah kepada
murid-murid Tahun 6 2012 yang berjaya menerima tawaran 
ke Sekolah Berasrama Penuh dan MRSM.  


Sesi pendaftaran untuk ke SBP ambilan pertama telahpun selesai pada 
7 Jan. yang lalu manakala untuk MRSM bermula pada 15 Jan. ini.  
Bagi mereka yang tidak berjaya, jangan berputus asa kerana 
ambilan kedua dan ketiga akan menyusul pada bulan Februari 
dan Mac nanti. Semoga anda mampu menyesuaikan diri di alam menengah 
dan hidup berdikari sebagai penghuni asrama. Seronok tu......

Kepada murid-murid cikgu di SKTR2, jadikan kejayaan abang dan kakak anda 
sebagai perangsang untuk anda mengikuti jejak mereka.  
Berusahalah dari sekarang untuk menggapai impian anda.....





No comments:

Post a Comment