Wednesday 3 September 2014

PERMOHONAN KE SEKOLAH KAWALAN/KELAS RANCANGAN KHAS/ 
SMK AGAMA/KELAS ALIRAN AGAMA 
BAGI SESI 2015

Assalamualaikum dan selamat bertemu kembali.

Tuan/Puan serta anak-anak didik Tahun 6 yang cikgu kasihi,

Saya telahpun mengedarkan surat mengenai permohonan ke sekolah-sekolah berkenaan serta Borang RK001 untuk dilengkapkan oleh tuan/puan bagi tujuan permohonan tersebut.

Ingin saya mengingatkan tuan/puan serta anak-anak Tahun 6 untuk memulangkan Borang RK001 kepada guru kelas masing-masing, selewat-lewatnya pada 4 Sept 2014 (Khamis) ini dengan menomborkan aliran pilihan (maksimum 5 jenis aliran) serta menggariskan sebuah sekolah bagi setiap jenis aliran yang dipilih.

Sukacita juga dimaklumkan bahawa tuan/puan boleh membuat sendiri permohonan tersebut melalui laman web KPM di alamat http://public.moe.gov.my selewat-lewatnya pada 15 Sept 2014.  Borang RK001 masih perlu dipulangkan juga kepada guru kelas untuk tujuan semakan oleh pihak sekolah.

Saya amat berharap agar tuan/puan dapat mematuhi tarikh-tarikh yang telah dinyatakan demi kelancaran proses permohonan berkenaan.


Di sini juga saya ingin memberikan sedikit penjelasan mengenai perbezaan antara jenis aliran sekolah-sekolah berkenaan sebagai panduan.....
  
BIL
JENIS ALIRAN
PEMOHON DARI
PENGANUT/
BANGSA
HURAIAN
1.
Sekolah Kawalan
SK dan SJK
Semua bangsa
Semua kelas terdiri daripada murid-murid yang dikawal pemilihannya.
2.
Kelas Rancangan Khas (KRK)
SK sahaja
Semua bangsa
Merupakan SM Harian, cuma kelas tertentu sahaja  yang dikawal pemilihan muridnya.
3.
Kelas Kawalan
SK dan SJK
Semua bangsa
Merupakan SM Harian, cuma kelas tertentu sahaja  yang dikawal pemilihan muridnya.
4.
SMK Agama
SK dan SJK
Islam sahaja
Semua kelas terdiri daripada murid-murid yang dikawal pemilihannya.
5.
Kelas Aliran Agama (KAA)
SK dan SJK
Islam sahaja
Merupakan SM Harian, cuma kelas tertentu sahaja yang dikawal pemilihan muridnya.
6.
SABK
SK dan SJK
Islam sahaja
Semua kelas terdiri daripada murid-murid yang dikawal pemihannya.


Selamat membuat pilihan untuk masa depan anak-anak tuan/puan.  Sekiranya tuan/puan menghadapi masalah, bolehlah dinyatakan dalam Ruang Sembang di sebelah....

Sekian
.



No comments:

Post a Comment