Salam sejahtera.
Bertemu kembali setelah lama cikgu tak mengemaskini blog ni.
Hari ini, cikgu kongsikan bebeberapa keping gambar mengenai program Kunjungan Muhibbah Kau Ku Sayang ke Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan pada 30 Julai yang lalu.
Alhamdulillah, berkat komitmen para ibu bapa, murid-murid, PIBG serta warga sekolah, program kali ini melepasi sasaran dari segi kutipan wang tunai.
Mudah-mudahan program ini mendapat sokongan padu daripada semua pihak. Terima kasih semua.
Saturday, 1 August 2015
Wednesday, 10 September 2014
PERUBAHAN TARIKH PERMOHONAN
KE SEKOLAH KAWALAN
KE SEKOLAH KAWALAN
Kepada ibu bapa yang membuat permohonan sendiri ke Sekolah Kawalan, sukacita dimaklumkan bahawa terdapat perubahan tarikh permohonan ke sekolah berkenaan.
TARIKH ASAL PERMOHONAN DIBUKA : 1 SEPTEMBER 2014
TARIKH BARU PERMOHONAN DIBUKA : 8 SEPTEMBER 2014.
Harap maklum.
Wednesday, 3 September 2014
PERMOHONAN KE SEKOLAH KAWALAN/KELAS RANCANGAN KHAS/
SMK AGAMA/KELAS ALIRAN AGAMA
BAGI SESI 2015
BAGI SESI 2015
Tuan/Puan serta anak-anak didik Tahun 6 yang cikgu kasihi,
Saya telahpun mengedarkan surat mengenai permohonan ke sekolah-sekolah berkenaan serta Borang RK001 untuk dilengkapkan oleh tuan/puan bagi tujuan permohonan tersebut.
Ingin saya mengingatkan tuan/puan serta anak-anak Tahun 6 untuk memulangkan Borang RK001 kepada guru kelas masing-masing, selewat-lewatnya pada 4 Sept 2014 (Khamis) ini dengan menomborkan aliran pilihan (maksimum 5 jenis aliran) serta menggariskan sebuah sekolah bagi setiap jenis aliran yang dipilih.
Sukacita juga dimaklumkan bahawa tuan/puan boleh membuat sendiri permohonan tersebut melalui laman web KPM di alamat http://public.moe.gov.my selewat-lewatnya pada 15 Sept 2014. Borang RK001 masih perlu dipulangkan juga kepada guru kelas untuk tujuan semakan oleh pihak sekolah.
Saya amat berharap agar tuan/puan dapat mematuhi tarikh-tarikh yang telah dinyatakan demi kelancaran proses permohonan berkenaan.
Di sini juga saya ingin memberikan sedikit penjelasan mengenai perbezaan antara jenis aliran sekolah-sekolah berkenaan sebagai panduan.....
BIL
|
JENIS ALIRAN
|
PEMOHON DARI
|
PENGANUT/
BANGSA
|
HURAIAN
|
1.
|
Sekolah
Kawalan
|
SK
dan SJK
|
Semua
bangsa
|
Semua
kelas terdiri daripada murid-murid yang dikawal pemilihannya.
|
2.
|
Kelas
Rancangan Khas (KRK)
|
SK
sahaja
|
Semua
bangsa
|
Merupakan
SM Harian, cuma kelas tertentu sahaja
yang dikawal pemilihan muridnya.
|
3.
|
Kelas
Kawalan
|
SK
dan SJK
|
Semua
bangsa
|
Merupakan
SM Harian, cuma kelas tertentu sahaja
yang dikawal pemilihan muridnya.
|
4.
|
SMK
Agama
|
SK
dan SJK
|
Islam
sahaja
|
Semua
kelas terdiri daripada murid-murid yang dikawal pemilihannya.
|
5.
|
Kelas
Aliran Agama (KAA)
|
SK
dan SJK
|
Islam
sahaja
|
Merupakan
SM Harian, cuma kelas tertentu sahaja yang dikawal pemilihan muridnya.
|
6.
|
SABK
|
SK
dan SJK
|
Islam
sahaja
|
Semua
kelas terdiri daripada murid-murid yang dikawal pemihannya.
|
Selamat membuat pilihan untuk masa depan anak-anak tuan/puan. Sekiranya tuan/puan menghadapi masalah, bolehlah dinyatakan dalam Ruang Sembang di sebelah....
Sekian.
Sunday, 6 July 2014
Assalamualaikum dan selamat bertemu kembali.
Lama juga cikgu tidak mengemaskini ruangan blog ini. Hari ini, cikgu ingin berkongsi satu program yang baru sahaja dianjurkan, melibatkan Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan Kelab Agama Islam sekolah kita yang telah mengadakan Kunjungan Muhibbah:Kau Kusayang ke Pusat Warga Emas Nur Ehsan pada 25 Jun yang lalu. SK Taman Rinting 1 juga turut serta dalam program tersebut.
Lagi gambar-gambar menarik, klik di sini.....

Tuesday, 10 December 2013
Semakan Tawaran ke Tingkatan Satu bagi Sekolah Berasrama Penuh 2014 telah boleh dibuat mulai 10 Disember 2013.
Cikgu mewakili seluruh warga SKTR mengucapkan tahniah kepada mereka yang berjaya ditempatkan di Sekolah-sekolah Berasrama Penuh untuk tahun ini. Berikut adalah mereka yang berjaya:
1) ABITHA A/P SURESH
2) AMIRAH RASYIDAH BINTI ROHAIZAD
3) DARSHNA A/P KANNAN
4) HARSHINI A/P MOHAN
5) KRISHVEN SHARMA A/L SIVAKUMARAYAH
6) MUHAMMAD HAFIZ BIN HASSANUDIN
7) NURALYA NAWA BINTI MD JOHA
8) NURUL IZZA FIRZANA BINTI AZHAR
9) PREMENDRAN A/L DEVARAJOO
10) PUTERI YASMIN BINTI MOHAMAD FAUZI
11) SUMAN A/L RAMESH
Sila cetak surat tawaran di http://www.moe.gov.my/ dan membuat persediaan mulai sekarang.
Selamat menjadi warga sekolah berasrama. Cikgu doakan agar anda cepat menyesuaikan diri dan dapat meneruskan kecemerlangan di sana....
Wednesday, 27 November 2013
Berikut adalah senarai nama murid-murid yang terpilih untuk menghadiri temuduga kemasukan ke tingkatan satu, SMKA bagi tahun 2014.
1. MUHAMMAD HAIQAL BIN ABDUL RAHMAN
2. NUR ASYIFAA' AINI BINTI MOHD FADZIL
3. NURIN ERYNNA BINTI KHARUNIZAM
4. NURUL IZZA FIRZANA BINTI AZHAR
Temuduga berkenaan akan dijalankan pada 30 November 2013 (Sabtu) di SMKA Johor Bahru. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.ppdpgudang.edu.my/berita.php?i=maturidi.66
Selamat menghadiri temuduga ya... Buatlah persiapan mulai hari ini. Semoga berjaya.
Thursday, 21 November 2013
PERHATIAN
Kepada murid-murid Tahun 6 yang memohon ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Kelas Aliran Agama (KAA), anda boleh membuat rayuan untuk penempatan ke sekolah-sekolah berkenaan mulai 20 November hingga 20 Disember. Sila layari portal rasmi ppd di http://www.ppdpgudang.edu.my/berita.php?i=maturidi.65
Bagi murid-murid yang memohon untuk ke Sekolah Kawalan (SMK Dato Penggawa Timur dan SMK Taman Nusa Damai), surat penempatan ke sekolah-sekolah berkenaan hanya akan diperolehi selepas 15 Disember 2013.

Subscribe to:
Posts (Atom)