Salam sejahtera.
Bertemu kembali setelah lama cikgu tak mengemaskini blog ni.
Hari ini, cikgu kongsikan bebeberapa keping gambar mengenai program Kunjungan Muhibbah Kau Ku Sayang ke Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan pada 30 Julai yang lalu.
Alhamdulillah, berkat komitmen para ibu bapa, murid-murid, PIBG serta warga sekolah, program kali ini melepasi sasaran dari segi kutipan wang tunai.
Mudah-mudahan program ini mendapat sokongan padu daripada semua pihak. Terima kasih semua.
Saturday, 1 August 2015
Wednesday, 10 September 2014
PERUBAHAN TARIKH PERMOHONAN
KE SEKOLAH KAWALAN
KE SEKOLAH KAWALAN
Kepada ibu bapa yang membuat permohonan sendiri ke Sekolah Kawalan, sukacita dimaklumkan bahawa terdapat perubahan tarikh permohonan ke sekolah berkenaan.
TARIKH ASAL PERMOHONAN DIBUKA : 1 SEPTEMBER 2014
TARIKH BARU PERMOHONAN DIBUKA : 8 SEPTEMBER 2014.
Harap maklum.
Wednesday, 3 September 2014
PERMOHONAN KE SEKOLAH KAWALAN/KELAS RANCANGAN KHAS/
SMK AGAMA/KELAS ALIRAN AGAMA
BAGI SESI 2015
BAGI SESI 2015
Tuan/Puan serta anak-anak didik Tahun 6 yang cikgu kasihi,
Saya telahpun mengedarkan surat mengenai permohonan ke sekolah-sekolah berkenaan serta Borang RK001 untuk dilengkapkan oleh tuan/puan bagi tujuan permohonan tersebut.
Ingin saya mengingatkan tuan/puan serta anak-anak Tahun 6 untuk memulangkan Borang RK001 kepada guru kelas masing-masing, selewat-lewatnya pada 4 Sept 2014 (Khamis) ini dengan menomborkan aliran pilihan (maksimum 5 jenis aliran) serta menggariskan sebuah sekolah bagi setiap jenis aliran yang dipilih.
Sukacita juga dimaklumkan bahawa tuan/puan boleh membuat sendiri permohonan tersebut melalui laman web KPM di alamat http://public.moe.gov.my selewat-lewatnya pada 15 Sept 2014. Borang RK001 masih perlu dipulangkan juga kepada guru kelas untuk tujuan semakan oleh pihak sekolah.
Saya amat berharap agar tuan/puan dapat mematuhi tarikh-tarikh yang telah dinyatakan demi kelancaran proses permohonan berkenaan.
Di sini juga saya ingin memberikan sedikit penjelasan mengenai perbezaan antara jenis aliran sekolah-sekolah berkenaan sebagai panduan.....
BIL
|
JENIS ALIRAN
|
PEMOHON DARI
|
PENGANUT/
BANGSA
|
HURAIAN
|
1.
|
Sekolah
Kawalan
|
SK
dan SJK
|
Semua
bangsa
|
Semua
kelas terdiri daripada murid-murid yang dikawal pemilihannya.
|
2.
|
Kelas
Rancangan Khas (KRK)
|
SK
sahaja
|
Semua
bangsa
|
Merupakan
SM Harian, cuma kelas tertentu sahaja
yang dikawal pemilihan muridnya.
|
3.
|
Kelas
Kawalan
|
SK
dan SJK
|
Semua
bangsa
|
Merupakan
SM Harian, cuma kelas tertentu sahaja
yang dikawal pemilihan muridnya.
|
4.
|
SMK
Agama
|
SK
dan SJK
|
Islam
sahaja
|
Semua
kelas terdiri daripada murid-murid yang dikawal pemilihannya.
|
5.
|
Kelas
Aliran Agama (KAA)
|
SK
dan SJK
|
Islam
sahaja
|
Merupakan
SM Harian, cuma kelas tertentu sahaja yang dikawal pemilihan muridnya.
|
6.
|
SABK
|
SK
dan SJK
|
Islam
sahaja
|
Semua
kelas terdiri daripada murid-murid yang dikawal pemihannya.
|
Selamat membuat pilihan untuk masa depan anak-anak tuan/puan. Sekiranya tuan/puan menghadapi masalah, bolehlah dinyatakan dalam Ruang Sembang di sebelah....
Sekian.
Sunday, 6 July 2014
Assalamualaikum dan selamat bertemu kembali.
Lama juga cikgu tidak mengemaskini ruangan blog ini. Hari ini, cikgu ingin berkongsi satu program yang baru sahaja dianjurkan, melibatkan Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan Kelab Agama Islam sekolah kita yang telah mengadakan Kunjungan Muhibbah:Kau Kusayang ke Pusat Warga Emas Nur Ehsan pada 25 Jun yang lalu. SK Taman Rinting 1 juga turut serta dalam program tersebut.
Lagi gambar-gambar menarik, klik di sini.....

Tuesday, 10 December 2013
Semakan Tawaran ke Tingkatan Satu bagi Sekolah Berasrama Penuh 2014 telah boleh dibuat mulai 10 Disember 2013.
Cikgu mewakili seluruh warga SKTR mengucapkan tahniah kepada mereka yang berjaya ditempatkan di Sekolah-sekolah Berasrama Penuh untuk tahun ini. Berikut adalah mereka yang berjaya:
1) ABITHA A/P SURESH
2) AMIRAH RASYIDAH BINTI ROHAIZAD
3) DARSHNA A/P KANNAN
4) HARSHINI A/P MOHAN
5) KRISHVEN SHARMA A/L SIVAKUMARAYAH
6) MUHAMMAD HAFIZ BIN HASSANUDIN
7) NURALYA NAWA BINTI MD JOHA
8) NURUL IZZA FIRZANA BINTI AZHAR
9) PREMENDRAN A/L DEVARAJOO
10) PUTERI YASMIN BINTI MOHAMAD FAUZI
11) SUMAN A/L RAMESH
Sila cetak surat tawaran di http://www.moe.gov.my/ dan membuat persediaan mulai sekarang.
Selamat menjadi warga sekolah berasrama. Cikgu doakan agar anda cepat menyesuaikan diri dan dapat meneruskan kecemerlangan di sana....
Wednesday, 27 November 2013
Berikut adalah senarai nama murid-murid yang terpilih untuk menghadiri temuduga kemasukan ke tingkatan satu, SMKA bagi tahun 2014.
1. MUHAMMAD HAIQAL BIN ABDUL RAHMAN
2. NUR ASYIFAA' AINI BINTI MOHD FADZIL
3. NURIN ERYNNA BINTI KHARUNIZAM
4. NURUL IZZA FIRZANA BINTI AZHAR
Temuduga berkenaan akan dijalankan pada 30 November 2013 (Sabtu) di SMKA Johor Bahru. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.ppdpgudang.edu.my/berita.php?i=maturidi.66
Selamat menghadiri temuduga ya... Buatlah persiapan mulai hari ini. Semoga berjaya.
Thursday, 21 November 2013
PERHATIAN
Kepada murid-murid Tahun 6 yang memohon ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Kelas Aliran Agama (KAA), anda boleh membuat rayuan untuk penempatan ke sekolah-sekolah berkenaan mulai 20 November hingga 20 Disember. Sila layari portal rasmi ppd di http://www.ppdpgudang.edu.my/berita.php?i=maturidi.65
Bagi murid-murid yang memohon untuk ke Sekolah Kawalan (SMK Dato Penggawa Timur dan SMK Taman Nusa Damai), surat penempatan ke sekolah-sekolah berkenaan hanya akan diperolehi selepas 15 Disember 2013.

TAHNIAH!!
Cikgu dan seluruh warga SKTR2 mengucapkan tahniah kepada murid-murid Tahun 6 atas kejayaan besar dalam UPSR tahun ini. Sesungguhnya usaha kalian membuahkan hasil yang membanggakan, bak pepatah "Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan"
Sila klik di sini untuk menyorot kembali detik-detik pengumuman keputusan UPSR pada 15 November yang lalu.
Hari ini, cikgu paparkan keputusan penuh UPSR tersebut. Moga menjadi pemangkin kepada adik-adik dalam menempa kejayaan yang lebih besar pada tahun-tahun mendatang, ya....
Bahasa Melayu Pemahaman : 98.7%
Bahasa Melayu Penulisan : 98.7%
Bahasa Inggeris : 96.2%
Matematik : 96.2%
Sains : 98.7%
Jumlah murid 5A : 25/79 orang
Kelulusan keseluruhan : 96.2%
Gred Purata Sekolah : 1.42
Tuesday, 5 November 2013
Nah, di sini cikgu paparkan serba sedikit peristiwa yang berlaku sekitar bulan September dan Oktober....
1- Ceramah Intimate (murid perempuan tahap 2 sahaja)
2. Taklimat Keremajaan daripada pihak LPPKN (semua murid Tahun 6)
3. Taklimat ke Sekolah Menengah (semua murid Tahun 6)
Semoga aktiviti-aktiviti berkenaan memberi manfaat kepada anak-anak, bukan sahaja dalam bidang akademik malah juga dalam bidang psikososial anak-anak.
Lagi berita menarik, klik di sini.....

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Hai anak-anak... Apa khabar semua?
Agak lama juga cikgu tidak mengemaskini perkembangan aktiviti yang berlaku di sekolah kita.
Hari ini cikgu terpanggil untuk memasukkan beberapa keping gambar aktiviti di bawah kelolaan Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah ini.
Jom, kita saksikan peristiwa yang berlaku pada bulan Ogos yang lalu.
Klik di sini........................

Monday, 19 August 2013
Tahniah!!
Cikgu mewakili warga SKTR2 mengucapkan tahniah kepada empat orang murid sekolah ini yang telah berjaya melepasi Ujian Saringan PERMATApintar UKM1 yang lalu.
Mereka ialah :
1) Aimie Amelyn binti Muhammad Firdausz (3 Perdana)
2) Muhammad Harith (4 Wira)
3) Muhammad Ismat (4 Wira)
4) Nur Adlyna binti Ahmad Izham (4 Perdana)
Keempat-empat orang murid ini akan mengikuti Ujian Saringan PERMATApintar UKM2 pula yang akan dilaksanakan mengikut ketetapan berikut :
Tarikh/Hari : 28 Ogos 2013 / Rabu
Tempat : SMK Dato' Penggawa Timur
Masa : 11.00 pagi hingga 2.00 petang
Selamat menempuh ujian tersebut. Cikgu dan warga sekolah ini mendoakan agar anda berjaya melepasi ujian ini seterusnya ditawarkan untuk mengikuti Perkhemahan Dalam Cuti di Universiti Kebangsaan Malaysia pada hujung tahun ini......

Thursday, 11 July 2013
Amboi amboi amboi......
Bukan main mesra mereka kan....
Untuk ketahui kisah mereka, sila klik di sini..
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Lama juga ye kita tak bertemu dalam blog ini.
Nah, hari ini mari kita saksikan
gelagat anak-anak kita ber'gwiyomi'...
Untuk mengetahui kisahnya,
sila klik di sini....
Monday, 8 April 2013
Assalamualaikum dan selamat sejahtera...
Agak lama juga cikgu tidak mengemaskini blog ini. Sememangnya cikgu agak sibuk beberapa minggu kebelakangan ini.
Walau bagaimanapun, hari ini cikgu ingin berkongsi kegembiraan seluruh warga sekolah bersama anak-anak dan ibu bapa sekolah ini di mana sekolah kita telahpun diiktiraf sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia. Tahniah atas pencapaian ini. Moga sekolah kita akan terus cemerlang dan gemilang di bawah teraju kepemimpinan Bonda Norlilawati.
Sunday, 10 March 2013
Assalamualaikum dan hai murid-murid cikgu....
Bermula pada hari Selasa hadapan (12 Mac 2013), semua murid Tahun 4, 5 dan 6 akan menghadapi Ujian Bulanan kali pertama untuk tahun ini. Mungkin murid-murid sedang gigih membuat persiapan menjelang ujian tersebut.
Di sini, cikgu berikan beberapa tips menghadapi peperiksaan/ujian bulanan. Mudah-mudahan tips ini dapat memberi bimbingan dan panduan kepada murid-murid cikgu, ye...
TIPS MENGHADAPI PEPERIKSAAN
SEHARI SEBELUM HARI PEPERIKSAAN
1. Baca secara imbas semua panduan, tips dan rumusan penting untuk mata pelajaran
1. Baca secara imbas semua panduan, tips dan rumusan penting untuk mata pelajaran
yang akan anda ambil esok.
2. Tenangkan fikiran dan kuatkan semangat "SAYA BOLEH LAKUKAN"
3. Sediakan segala peralatan untuk menulis :
* sekurang-kurangnya tiga batang pensel 2B yang telah diasah tajam.
* sebiji pemadam.
* sebuah pengasah pensel.
* sebatang pembaris
* sekurang-kurangnya tiga batang pensel 2B yang telah diasah tajam.
* sebiji pemadam.
* sebuah pengasah pensel.
* sebatang pembaris
4. Mohon ibu bapa doakan kejayaan anda.
5. Tidur lebih awal bagi membenarkan otak memproses semua maklumat yang telah anda
ulangkaji tadi.
SEMASA HARI PEPERIKSAAN
1. Bangun awal
2. Solat Tahajud, Subuh, Hajat
3. Bersiap sedia ke sekolah.
4. Bersarapan tetapi jangan terlalu berat kerana dimbimbangi sakit perut atau tidak
selesa.
5. Membawa peralatan
6. Bersalaman dengan ibu bapa dan mencium tangan mereka.
7. Mulakan langkah dengan kaki kanan.
8. Bertolak ke sekolah lebih awal dari biasa dengan tujuan untuk mencipta suasana
tenang.
APABILA TIBA DI SEKOLAH
1. Duduk di suatu sudut dan baca semula secara imbas semua panduan, tips penting dan
rumusan.
2. Tarik nafas dalam-dalam dan cuba bertenang.
3. Membaca doa.
DALAM BILIK PEPERIKSAAN
1. Duduk dengan tenang. Tarik nafas dan bertawakkal. Yakin dengan usaha anda selama
ini.
2. Berdoa.
SELEPAS PEPERIKSAAN
1. Jangan berbincang kertas soalan dengan sesiapapun sehinggalah hari peperiksaan
berakhir.
2. Teruskan berdoa.
berakhir.
2. Teruskan berdoa.
Monday, 4 March 2013
Saturday, 2 March 2013
PELANCARAN PROGRAM PENYAYANG
DAN SLOGAN BARU PPD PASIR GUDANG
Pegawai Pelajaran, PPD Pasir Gudang, Pn. Hjh Fatimah Ahmad
telah telah sudi merasmikan
telah telah sudi merasmikan
Pelancaran Program Penyayang dan Slogan baru PPD Pasir Gudang
sewaktu hadir ke SKTR2 sebagai tetamu undangan pada
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-17 hari ini.
Turut sama hadir ialah Pegawai Perhubungan dan Pendaftaran,
PPD Pasir Gudang, En. Rohaizad bin Mohd. Hanapiah.
PPD Pasir Gudang, En. Rohaizad bin Mohd. Hanapiah.
Friday, 1 March 2013
Tuesday, 26 February 2013
Pihak SKTR 2 mengucapkan tahniah dan memberikan setinggi-tinggi penghargaan kepada Nur Alya Najwa binti Md. Joha (6 Perdana) kerana telah berjaya ditawarkan untuk mengikuti Perkhemahan Cuti Sekolah PERMATApintar Negara yang berlangsung di Universiti Kebangsaan Malaysia pada bulan Disember yang lalu. Pencapaian ini adalah di peringkat kebangsaan ye....
Semoga kejayaan beliau ini menjadi contoh kepada rakan-rakan yang lain pula... Cikgu doakan dan berharap agar ramai lagi murid-murid sekolah ini yang akan berjaya mengikut jejak langkah beliau.....
Subscribe to:
Posts (Atom)